Platform AI Yang Kami Gunakan

Platform

Panduan lengkap platform AI yang digunakan dalam kursus UAIOM — pilih pakej yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

G

ChatGPT

Oleh OpenAI — Pembantu AI Penulisan & Kreativiti

ChatGPT Pricing Plans

Cadangan Pakej: Go ($8/bulan)

Pakej Go sudah mencukupi untuk keperluan kursus ini. Anda mendapat akses kepada model teras ChatGPT, lebih banyak mesej dan muat naik, penciptaan imej, memori yang lebih panjang, serta mod suara yang diperluaskan — semua yang diperlukan untuk menjana skrip, idea kandungan, dan teks promot video AI anda.

D

Dreamina

Oleh CapCut / ByteDance — Jana Video AI Pantas

Dreamina Pricing Plans

Cadangan Pakej: Ikut Keperluan

Pilih pakej berdasarkan berapa banyak video yang anda rancang untuk hasilkan. Harga yang ditunjukkan adalah harga promosi untuk subscriber pertama kali — renew semula akan dikenakan harga penuh. Mulakan dengan pakej Basic (percuma 7 hari) untuk cuba dulu sebelum naik taraf.

Kelebihan

Video AI siap dalam masa ~5 minit. Proses generasi sangat pantas — sesuai jika anda memerlukan output segera.

Kekurangan

Kos agak tinggi — setiap video 15 saat berharga antara RM9 hingga RM10.90. Perlu rancang bajet dengan teliti.

R

Runway ML

Platform Video AI Profesional — Unlimited Generation

Runway ML Pricing Plans

Cadangan Pakej: Unlimited (~RM390/bulan)

Pakej Unlimited ($95/bulan) membolehkan anda jana video tanpa had sepanjang bulan. Sesuai untuk pengguna yang kerap menghasilkan kandungan video AI dalam jumlah besar tanpa risiko kehabisan kredit.

Kelebihan

Jana video tanpa had sepanjang bulan. Kos tetap — tidak perlu risau tentang kredit habis walaupun buat banyak video.

Kekurangan

Masa generasi lebih lama — 1 video 15 saat mengambil masa sekitar 20 minit untuk siap. Perlu bersabar.

Perbandingan Platform

PlatformKelajuanKosSesuai Untuk
ChatGPTSerta-merta$8/bulan (Go)Skrip, promot, idea kandungan
Dreamina~5 minitRM9–RM10.90 / 15 saatAda modal, nak hasil cepat
Runway ML~20 minit~RM390/bulan (Unlimited)Jimat, boleh tunggu, buat banyak

Nota Penting: Jika anda mempunyai modal yang mencukupi dan memerlukan hasil video yang cepat, Dreamina adalah pilihan terbaik — video siap dalam masa 5 minit. Namun jika anda ingin berjimat dan tidak kisah menunggu, Runway ML pakej Unlimited lebih berbaloi kerana anda boleh jana video tanpa had sepanjang bulan dengan kos tetap.